Sunday, 26 February 2012

Pengenalan dan Asal Usul Rumah Warisan Haji Jaafar Haji Hasim


pandangan depan rumah warisan Haji Jaafar kampung Serkam 


Kami dari Syarikat Warisan Ibunda Enterprise ingin memperkenalkan dan mempromosikan sebuah rumah tradisional melaka yang terletak di Kampung Mortem, Melaka. seperti yang telah kebanyakkan orang tahu, melaka merupakan negeri yang masih mengekalkan warisan nya sehingga sekarang.  

apa itu rumah warisan melayu? 
  • rumah warisan melayu adalah rumah yang diperbuat daripada kayu, dan bukan nya batu.
dimana terletaknya rumah warisan?
  • rumah warisan lazimnya terletak di negeri  Melaka
Rumah Warisan Melayu Melaka ialah rumah yang wujud sejak zaman dahulu kala yang selalunya berusia 100 tahun ke atas . Rumah Warisan Melayu ialah rumah yang reka bentuk nya bercirikan atap tajam atau panjang dan tangga rumah tersebut diperbuat dari jubin. Tangga rumah warisan tersebut merupakan ciri utama selain terdapatnya ukiran kayu di bahagian serambi yang unik. dan selalunya halaman rumah warisan melayu melaka ini dihiasi dengan pelbagai jenis tanaman bunga kerana merupakan ciri rumah warisan dan kebiasaan bagi mereka untuk menanam pelbagai bunga di kawasan halaman rumah mereka. 


atap rumah Tradisional Haji Jaafar Haji Hasim - pandangan depan

gambar di atas merupakan bukti sebenar rumah tradisional Haji Jaafar. gambar ini diambil sebagai bukti untuk menunjukkan bentuk atap rumah beliau. kebanyakkan rumah tradisional berbentuk kan segi tiga seperti yang tertentera dalam gambar di atas. di dalam nya terdapat sebuah tempat yang digunakan pada zaman dahulu untuk menyorok kan anak gadis jika ade musibah yang menimpa. 


pandangan atap rumah dari dalam rumah 

gambar di atas adalah rupa sebenar tempat yang dikatakan untuk menyembunyikan anak dara pada zaman dahulu . tetapi sekarang ia nya telah dijadikan tempat untuk kanak- kanak bermain main.


Pintu Rumah utama 

struktur rumah ini hampir kesemua nya masih dikekalkan . munking sedikit perubahan dilakukan untuk memperbaiki jika terdapat kerosakkan pada rumah tersebut, tetapi ianya masih dikekalkan .
pintu rumah ini menggunakan pintu selak . dimana ianya sejenis pintu kayu yang dimana kuncinya turut terdiri daripada kayu. kayu jenis ini berkos tinggi pada masa kini kerana kayu jenis ini sangat kukuh dan tidak mudah untuk rosak . 



kayu yang dipanggil selak


kayu selak diatas digunakan untuk menyambungkan struktur rumah. 


tingkap rumah 

tingkap rumah di atas bercorak kan seperti bunga. pada zaman dahulu kala, mereka gemarkan corak begini. ianya kelihatan cantik disamping itu ianya melambangkan keaslian masyarakat melayu melaka. 


ruang bawah rumah 

rumah ini terdapat satu lagi tempat dimana ianya terletak di bawah rumah. malang nya kami tidak dibernarkan untuk turun ke bawah untuk melihat dengan lebih lanjut. 


Perigi 

perigi ini terdapat di dalam rumah . perigi ini sememangnya adalah yang asal. sejak dari awal rumah ini dibina, perigi ini telah wujud . ianya sangat dalam . dan sejenis baldi perlu digunakan sekiranya ingin mengambil air di dalam perigi tersebut . perigi ini airnya sangat sejuk dan bersih kerana ianya sumber air yang mengalir dari bawah tanah. 





Corak pada siling rumah 

corak bunga di atas terdapat pada siling rumah tersebut. ianya sangat menarik perhatian kerana ianya memerlukan ketelitian untuk mengukir corak tersebut. 









yang ikhlas,

No comments:

Post a Comment