Wednesday 25 January 2012

sejarah kampung serkam



Kampung Serkam, Melaka merupakan sebuah kampung di mana ianya tergolong di kalangan yang tertua di melaka dan kebiasaannya mendapat kunjungan dari pendagang Islam sama ada dari Arab mahupun India. Tujuan mereka datang adalah untuk berdagang dah mengembangkan ajaran Islam. Kampung ini juga dijadikan sebagai tempat persembunyian para pahlawan dari Palembang yang telah kalah berperang, dan disebabkan perkara itu, Kampung Serkam ini dikatakan menyimpan banyak rahsia. Manakala perkataan Kampung Serkam itu berasal dari perkataan arab iaitu "Sir" yang membawa maksud Rahsia. manalaka "Kam" pula bermaksud banyak. "Sirkam" membawa maksud "Kampung yang mempunyai banyak Rahsia". Pada mulanya, tanah melayu berada dibawah pemerintahan British, mereka datang ke Kampung Serkam untuk memungut cukai yang telah diketuai oleh A.B Alcum, tetapi telah mendapat tentangan yang hebat dari penduduk setempat sehingga tercetusnya 'Perang Rokam'. Disebabkan oleh peperangan itu, orang tempatan kampung tersebut telah mengalami kekalahan dan majoriti pahlawan yang berasal dari Serkam telah melarikan diri ke Muar dan telah membuka perkampungan yang turut dikenali sebagai 'Lorong Serkam ' di dalam Bandar Muar. 


Dahulu kala, ramai anak-anak muda telah pergi menuntut bidang Agama Islam di Mekah dan telah pulang ke Kampung Serkam sebagai guru agama dan juga telah mendirikan pondok-pondok agama. Ini secara tidak langsung telah membuatkan Kampung Serkam terkenal dengan gelaran ' Serambi Mekah ' . Pada mulanya, Kampung Serkam merangkumi sebahagian besar Kampung Umbai, Kmpung Pulai, Kampung Tedong dan juga Kampung Sempang. Tetapi kesemuanya telah dipecahkan setelah Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957, bagi memudahkan ianya diurus dan juga ditadbir. Nama yang diberi untuk Dewan Undangan Negeri Serkam adalah bersempena Kampung Serkam. DUN Serkam terdiri daripada Kampung Bukit Tembakau, Umbai Pantai, Berangan Enam, Paya Tanjung, Seri Minyak, Pulai, Serkam Darat, Tedong, Sempang dan juga tidak ketinggalan Kampung Serkam itu sendiri. 








yang ikhlas,

Monday 16 January 2012

Pengenalan Syarikat Kami



kami dari Warisan Ibunda Enterprise ditubuhkan pada 4 Januari 2012 
Kami terdiri dari 4 orang ahli . 
Ahli-ahli kami ialah 
1. Adibah Hazimah 
2.  Muhammad Faris 
3. Nor Wahida
4. Nur Arifah . 
nama syarikat kami " Warisan Ibunda Enterprise" adalah hasil persetujuan kami semua. 
walaupon terdapat beberapa konflik semasa memilih nama tersebut, tetapi akhirnya kami sebulat suara untuk memilih nama syarikat ini. nama Warisan Ibunda dipilih kerana kami memperomosikan rumah warisan melaka.
kami juga berpendapat bahawa kerana kami memperomosikan rumah warisan, kami memerlukan nama yang sinonim dengan kerja kami dan disebabkan itu kami telah memilik nama "Warisan Ibunda".
tugas kami adalah untuk memperomosikan Rumah Warisan Haji Jaafar Haji Hasim yang terletak di Kampung Serkam, Melaka.

sekian sahaja dari kami buat masa ini .

yang ikhlas ,